Cyber Cafe di Bandung. This is hard.

Damn the bad luck.

Saya tercari-cari Cyber Cafe di Bandung, Indonesia. Punyalah susah nak dapat guna komputer di sini. Tidak seperti di Kota Bharu atau negeri lain di Malaysia.

Alkisahnya, semasa hari pertama di Bandung ni, hubby terpaksa menterjemah satu dokumen, dari Bahasa Korea ke Bahasa Inggeris untuk satu syarikat dari Ireland. Terpaksalah kami dapatkan komputer. Plan asal semasa datang ke sini, memang kami mahu betul-betul bercuti. Tapi sebab emergency case, terpaksa.

Setelah puas bertanya, baru kami jumpa satu cyber cafe – Trapesium Net and Game Station. Hampir semua pelanggan di sini guna komputer untuk bermain game dan menggunakan loud speaker.

image

Satu-satunya komputer yang mempunyai Microsoft Words dan boleh digunakan untuk print ialah komputer yang digunakan sambil berdiri. Hoho This is hard.

Jika anda bercadang untuk menggunakan komputer dan internet di Bandung ini, jangan berkira untuk membawa laptop. Kemudian carilah mana-mana restoren yg punyai wifi. Jangan jadi macam kami. Kat sini susah gila nak jumpa cyber cafe.

Lancome La Vie Est Belle Review

image

Ini antara hadiah yang saya terima sempena perkahwinan saya baru-baru ini. Pemberian ikhlas dari adik saya yang bertugas di Exxon, Zahidah.

Katanya, saya suka Lancome. Jadi dia belikan Lancome. Cara dia membeli senang sahaja, pergi ke kaunter dan tanya petugas kaunter – “perfume apa yang paling popular dan famous?”. Jawab staff kaunter Lancome, “yang ini adik”, katanya sambil menunjukkan botol seperti di atas.

Wangikah? Jujurnya saya jauh lebih gemarkan Lancome Miracle yang baunya lembut dan sangat mengasyikkan.

Yang ini, pun berbau sedap. Tapi baunya manis seperti bau gula-gula strawberry yang sangat kuat. Macam manis melekit. Hubby tidak begitu gemar saya memakainya, walaupun tak melarang tapi dari riak mukanya saya faham dia tak gemarkan bau itu.

Jika anda mahu rekemendasi dari saya, jujurnya saya lebih berminat untuk rekemen Lancome Miracle.

Apapun, terima kasih kepada adik yang hadiahkan perfume yang sweet ni. Love you!

Domain .MY Percuma 2013

Ini satu promosi menarik bagi sesiapa yang berminat mendapatkan domain .my dengan harga yang betul-betul murah. Di Internet-Webhosting.com sedang berlangsung promosi domain name percuma.

Itu ialah satu usahasama antara Internet-Webhosting dan MyNic. Plan murah sebegini sangat sukar untuk anda dapatkan di mana-mana penyedia lain. Serius ni. Saya tak tipu. Bukan sound too good to be true, malah fact.

Anda cuma perlu beli hosting Youth Basic Plan bernilai RM50 dan anda akan mendapat percuma domain name .MY bernilai RM90. Sebelum ini, saya pernah membeli domain www.proofread.my bagi perkhidmatan proofread dan editing yang dibuat oleh suami – iaitu berharga RM90 tidak termasuk hosting. Bagi plan Youth Basic Plan ini, anda untung satu akaun hosting 5 GB dan domain name .MY percuma. Renewal fees cuma RM13 sahaja bagi domain tersebut, berbanding RM90 jika bukan promosi.

Promosi “terhad siapa cepat dia dapat” ini dibahagikan kepada dua plan.

Youth Basic Plan (RM50)

  • 5GB DiskSpace
  • 10GB Monthly Bandwidth
  • 5 X Email Account
  • 2 X FTP Account
  • 2 X MYSQL Database
  • 2 X Subdomain

Youth Entrepreneur Plan (RM99)

  • 40GB DiskSpace
  • 80GB Monthly Bandwidth
  • 2 Addon Domain
  • Unlimited Email Account
  • Unlimited FTP Account
  • Unlimited MYSQL Database
  • Unlimited Subdomain

Baik. Anda mungkin berkira-kira sejauh mana baguskah servis hosting yang disediakan oleh Internet-Webhosting ini.

Untuk pengetahuan, saya sudah menggunakan servis mereka sejak tahun 2008. Memang mereka tidak menjamin uptime 100%, sudah tentu ada ketika server down dan itu adalah normal kerana ia hanya down sekejap sangat je. Tidak pernah server down berhari-hari, atau menyebabkan bisnes saya jatuh merudum. Tidak pernah.

Malah, saya memuji kecekapan kakitangan support team mereka yang berkerja 24 jam sehari. Walaupun saya hantar email pada jam 2 am, tetap ada kakitangan yang melayan. Bukan template email, sebaliknya real human staff.

Bagi anda yang memang memerlukan domain .my, saya cadangkan anda terus sahaja dapatkannya sementara promosi ini masih berjalan. Boleh terus ke laman web WWW.INTERNET-WEBHOSTING.COM dan klik pada free .my domain link pada bahagian bucu web tersebut.

Cheap Epilator from Dokonee

cheap epilator online

Dalam Bahasa Melayu, epilator ialah pencabut bulu pada badan. Saya tidak pasti samada kita punyai terma khusus bagi “epilator” dalam Bahasa Melayu. Saya beli epilator ini pada harga cuma RM29.90 di Dokonee, kurang RM5 berbanding epilator yang sama dijual di Groupon dan JackCow.com.

Saya dah guna tiga kali, untuk buang bulu pada bahagian armpit. Memang berguna dan berfungsi dengan baik. Tak perlu susah-susah cabut guna pengepit bulu lagi.

Beroperasi menggunakan dua biji bateri AAA. Dah tiga kali guna pun bateri tak habis lagi. Oh ya, saya cuma gunakan bateri AAA biasa sahaja dari jenama Tesco. Haha So benda ni saya boleh klasifikasikan sebagai jimat bateri jugaklah.

Saya tidak bercadang untuk berkongsi tutorial cara guna epilator, jadi saya kongsikan tutorial dari orang lain. Lihat video di bawah bagi sesiapa yang ingin belajar cara guna epilator.

Salad Sos Mustard

image

Ini kali pertama saya masak salad, itupun hubby yang buatkan base sos.

Sosnya senang sahaja. Goncangkan 5 biji telur putih bersama setengah cawan minyak zaitun, dan tiga sudu sos mustard (ready made boleh beli di tesco). Goncang di dalam botol selama 7-10 minit tanpa henti. Sehinggalah telur putih tadi sebati bersama minyak zaitun.

Basuh bersih-bersih sayur-sayur anda. Boleh guna apa sahaja sayur yang anda gemar. Saya gunakan salad, bawang kuning besar/onions, carrots, timun batang.

Campurkan sebahagian sos tadi ke dalam sayur anda, masukkan beberapa sudu cuka makan. Gaulkan sebati. Done! Siap untuk dimakan!

HotForex FIX Account with Fixed Spreads

Baru dapat email daripada team Hotforex pagi ini, akhirnya, seperti mana Instaforex, Hotforex kini punyai akaun dagangan dengan fixed spread. Maksudnya, spread tidak berubah-ubah atau floating disebabkan tekanan pasaran.

—-

We are pleased to inform you that in response to client demand and feedback, we have further expanded our range of account types with the launch of our new FIX Account. This exciting new account type introduces a specific set of unique benefits and conditions, including most notably Fixed Spreads.

With Fixed Spreads, FIX Accounts are ideal for clients who wish to make trading decisions with maximum control and/or implement exacting trading strategies.

To open a FIX Account, please complete our convenient Live Account application form online, ensuring that you select FIX Account from the Account Types dropdown list. Existing Live Account clients can log in to myHotForex and open a new FIX Account from there in a matter of moments and with even greater ease.

If you have any questions please do not hesitate to contact our dedicated customer support team via email, live chat, or by telephone on +44 2033185978.

Best Regards,

The HotForex Team