Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash Review

Ni pertama kali aku guna produk skincare dari brand Simple. Sebelum ni duk guna Safi Balkis, Neutrogena, Cosmoderm, dan Nivea. Semua tu dah tak sesuai lagi dah dengan muka aku. Tak tahu lah kenapa, muka ni kalau sebotol atau setiub boleh la. Dah lama-lama guna, jadi tak sesuai pula. Mulalah ada jerawat kalau dah lama guna sesuatu brand.

So, kali ni aku try guna Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash ni. Macam dalam gambar.

Sebab utama aku beli Simple Clear Skin Oil Balancing ialah kerana aku tau yg muka aku jenis oily. Sebab kedua, ianya Simple untuk digunakan. hehe Sebab ketiga, ianya tak berbau.

Sebelum ni aku dah guna Body Exfoliating Gel. Best jugak cream tu, jadi atas sebab kepercayaan kepada produk sebelum ni.. maku aku cuba skincare daripada Simple pula.

pencuci muka simpleDah berkali-kali dah aku guna Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash botol biru ni. Tapi hari ni baru nak tulis (botol dah tinggal separuh pun). Lepas guna, kulit muka memang licin. Rasa macam smooth gitu bila disentuh.

Yang penting, exfoliating gel ni tak kasar sangat (biji-biji scrubnya kecil je), tak beri kesan buruk pada kulit.

Bau? Langsung tak ada.

Jadi, kalau guna tu cuma picit sikit je pada tangan. Oh, sebelum tu kena basahkan muka. Sapu pada tangan, gosok-gosok sikit kemudian barulah kenakan pada muka sambil massage sikit-sikit.

Segar.

Lepas gunanya, continue dengan Oil Balancing Moisturizer. Tak perlu toner.

So, aku recommend juga lah Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash ni. Nak rekemen sangat tu tak la, sebab produk ni pun bukannya perfect sangat, tapi ok-ok lah.

Leave a Reply