Apa Itu Gwiyomi?

Saya tertarik dengan satu update dari Fanpage Sokernet, satu fanpage sarcastic yang bagi saya… menggelikan dan menyakitkan hati. Jika anda masih kanak-kanak remaja atau rebina, saya nasihatkan tak perlulah LIKE atau visit laman fanpage tersebut. Ia hanya sesuai bagi orang dewasa seperti saya atau kita.

Dari situlah saya tahu tentang GWIYOMI.

Gwiyomi pulak dah. Dulu Gangnam Style. Ni Gwiyomi pulak.

Sebelum itu, saya bukan peminat K-Pop walaupun saya duduk di sisi penterjemah Bahasa Korea.

Gwiyomi atau dikenali juga sebagai Giyomi, merupakan satu jenis tarian konon-konon cute yang diperkenalkan oleh BtoB. Digayakan dengan lenggok gedik aww aww yang menyakitkan mata kita (orang-orang yang dewasa ni). Budak-budak K-POP dah tentu la meminati tarian sebegini, comel kata mereka.

Anda boleh lihat contoh tarian Gwiyomi di Youtube. Saya tidak berhasrat untuk mencemarkan duli blog ini dengan kandungan bangang abadi.

apa itu gwiyomi

Disebabkan sekian ramai yang mula melakukan parody bagi tarian ini, ia dikatakan memberi saingan kepada Gangnam Style dan Harlem Shake. Cuma bezanya, anda kena faham dan ingat langkah-langkah tarian Gwiyomi. Silap langkah, memang tak menjadi la tarian ni. Ia tidak semudah tarian kuda gemuk Gangnam Style, ataupun tarian goyang bontot Harlem Shake.

Soalan saya, kenapalah benda-benda begini senang sangat budak-budak kita tiru?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>