Apa Itu MUHRIM dan MAHRAM?

Apakah itu Muhrim ?
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Apakah Itu Mahram ?
Mahram pula membawa maksud orang yang haram berkahwin dengan diri kita seperti adik beradik, emak mertua kita dan lain-lain. Atau penjelasan lainnya iaitu lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin

Ayat yang Betul
“Saya tak boleh tengok rambut perempuan tu kerana dia bukan MAHRAM saya”

Rupa-rupanya konsep mahram dan muhrim terlalu jauh dan ketara perbezaannya. Kini kita sudahpun tahu akan kebenaran dan perbezaan kedua-duanya, seharusnya kita terus menukar di dalam minda kita dan menterjemahkannya didalam setiap ucapan kita apabila ingin menggunakan perkataan mahram dan muhrim selepas ini. InsyaAllah!

Comments

  1. Kalau kita memegang tangan sepupu lelaki atau bapa saudara lelaki boleh dikatakan sah tak?Saya tak faham lagi konsep ini sebenarnya…

    • Sepupu lelaki dan kita (perempuan) tidak boleh, dan hukumnya dia bukan muhram. Sebab itu saudari boleh berkahwin dengan sepupu lelaki.

      Manakala, bagi bapa saudara (adik beradik dgn ibu/bapa saudari), boleh pegang tangan sebab mereka muhram kita.

      Harap membantu miss spidey.

Leave a Reply