Beza Guna Thesis Theme dan Premium Theme Biasa

Sebelum ini, blog ini hanya menggunakan Thesis theme yang terkenal dengan simplicity tapi power. Walaupun begitu, atas sebab boring dan tak pandai nak customize Thesis theme, saya pun cubalah tukar theme kepada yang lebih comel.

Untuk pengetahuan anda, ini ialah blog baru yang masih dalam proses pembinaan. Jadi, traffik untuk blog ini tidaklah power sangat pun. Sebab itulah saya terpaksa gunakan Thesis Theme supaya senang melakukan proses SEO.

Sekarang, sudah beberapa hari menggunakan theme baru. Tapi trafik selepas menggunakan theme ini nampaknya tak berapa bagus.

sebab guna thesis theme

Jelas traffik blog ini semakin berkurang selepas tidak menggunakan Thesis theme.

Hmmm… jadi, saya kemungkinan besar akan gunakan kembali Thesis theme tapi kena cari dulu Thesis Skin yang comel dan catchy dengan harga yang murah :) Kalau ada nak jual servis customize skin ni, jangan segan-segan hubungi saya. Hantarkan mesej melalui fanpage blog ini *lihat di right sidebar* untuk ke fanpage. Maksimum bajet untuk customization job ini ialah RM100 sahaja.

Popular: