Blog Saya Kena Hacked!

Pertama kali saya blogging ialah dalam June 2006, masa tu saya gunakan WordPress versi 2.0 dan sekarang WordPress 3.4.2.

Dah lama sangat kan. Tapi sejak tahun 2006, saya tidak pernah kena hack sehinggalah tengah hari tadi.

Cilaka betul.

Blog cikai macam ni pun nak hack. Lainlah kalau blog power puff macam blog Uncle Seekers. Apa lah yang hacker tu dapat? Di bawah ialah screenshot yang sempat saya snapped sebelum kerja-kerja baikpulih dilakukan. He claimed himself as a Saudi Arabia Hacker. Tapi entah betul atau tidak, Allahu’alam.

Dah dah. Jangan hack lagi mana-mana blog saya. Tak best la macam ni tau.

self hosted\ wordpress blog kena hacked

Berikut sedikit panduan untuk rujukan masa hadapan, bagi sesiapa yang blognya (self hosted WordPress blog) perlu buat apabila blognya kena hack.

  • Jangan panik. Stay cool and calm. Hihi
  • Cek fail-fail dalam FTP, cari fail-fail pelik yang kita tak biasa lihat
  • Hubungi hosting service provider*

Aha. Saya tak panik, dan selepas cek fail-fail dalam FTP… saya tak jumpa fail pelik. Entah lah memang tak pandai pun sebab bukan orang it. Jadi saya hubungi teknikal person di bahagian support hosting service provider saya.

Untuk pengetahuan. Saya sudah menggunakan www.Internet-Webhosting.com sejak beberapa tahun yang lalu dan sangat berpuas hati dengan servis mereka.

Saya mendapat feedback hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Dan tak sampai dua jam pun, blog ini kembali beroperasi seperti biasa. Yah, sebab itulah sangat penting bagi kita untuk dapatkan hosting dari penyedia yang punya customer service yang bagus.

Technical person tu berpesan supaya update mana-mana outdated plugin. Well… betullah pesan mereka. Blog ini, sudah lama tidak diupgrade kepada latest WordPress version dan memang ada beberapa plugin yang outdated. Jadi point penting di sini ialah, regularly update mana-mana yang perlu di update.

Popular:

Trackbacks

  1. [...] Untuk pengetahuan, saya gunakan Internet Webhosting service untuk semua blog dan website yang saya ada. Kerana apa saya pilih Internet Webhosting? And boleh baca di sini [...]