Bagi sesiapa yang pernah guna Telekung Vietnam, memang mereka akan tahu bahawa ini ialah telekung sembahyang yang paling best.
Lebih best dari telekung cotton, Telekung Indonesia, Telekung Siti Khadijah dan seumpamanya.
Saya dah guna Telekung Vietnam sejak dari bulan puasa lalu. Sekarang dah tak nak guna Telekung Indonesia lagi.
Kerana apa?
Kerana Telekung Vietnam ada getah pada bahagian pinggang, well.. Telekung Indonesia pun ada. Tapi getah pada pinggang Telekung Vietnam lebih kemas dan tidak mudah jatuh walaupun kita terpijak kain semasa bangun dari sujud.
Dan bahagian muka Telekung Vietnam pula sudah ngam-ngam sesuai dengan saiz muka. Ia dibuat dengan dua lapis kain, cukup untuk tidak menampakkan rambut. Tapi yang paling penting, tak perlu pakai anak telekung lagi. Ada tali untuk kita adjust supaya sesuai dengan bentuk muka.
Kainnya pula jenis lembut dan sejuk. Kalau sembahyang lama-lama pun tak panas ni. Tak sama dengan kain sembahyang biasa yang cepat berpeluh. Malah, jika kena angin kipas pun, kain tidak menggerbang. Ia jenis kain yang berat… tapi sejuk. Anda kena cuba guna baru ada boleh rasa nikmat sembahyang dengan kain sembahyang yang selesa begini.
Malah, design Telekung Vietnam juga sangat menarik. Telekung ini sangat popular dengan bunga timbul. Ia nampak seperti bunga hidup, bersulam lembut.
Memang puas hati lah kalau guna Telekung Vietnam untuk sembahyang. Tak rasa rimas pun. Saya tak recommend kalau tak bagus.
Apa kata anda hadiahkan telekung ini untuk mak, mak mertua, isteri atau anak-anak anda?









