Adakah Ini Buku Paling Mahal di Malaysia?

Saya teruja apabila dimaklumkan yang Rosmah Mansur menerbitkan buku hasil tulisannya sendiri. Cukup teruja. Maklumlah, nak tahu juga apa yang best dengan buku tersebut.

Tapi bila melihatkan harga dan tebalnya yang sangat hebat, maka saya membatalkannya sahaja niat saya.

buku biografi rosmah mansur

Saya malas nak buat kira-kira matematik, tapi jika betul RM150..ini ialah penindasan.

Oh, tahukah anda apakah maksud beza ketebalan sebuah biorgrafi? Tidak lain, ialah JASA dan BAKTI.

Penulis Lesbian Penyokong Homoseks

Artikel ini saya petik daripada SMAHADZIR, yang sepatutnya kita tahu.

Sewaktu puteri ke 4 saya membeli dan membawa pulang buku yang berjudul The Enchantress Of Florence tulisan Salman Rushdie, saya jadi terfikir betapa generasi remaja sekarang kurang peka dengan penulis-penulis ‘sampah’ yang dikutuk seluruh dunia Islam kerana menghina Junjungan Besar kita Rasulullah s.a.w. Walaupun The Enchantress Of Florence tidak menghina Islam dan Salman Rushdie dikatakan penulis yang kaya dengan diksi dan personafikasi yang menarik namun karyanya The Satanic Verses yang menghina Islam tidak boleh diterima oleh fikiran yang waras. Lantaran The Satanic Verses, saya terus menolak beliau kendati beliau seorang penulis yang hebat. Begitu juga dengan Irshad Manji, rakan baik Salman Rushdie yang dikatakan ‘hebat’ itu.

Baru-baru ini Irshad Manji dalam rangka lawatan ke Indonesia dan Malaysia untuk mempromosikan ‘buku sampah’ terbarunya yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu berjudul Allah, Liberty And Love: Satu Keberanian Mendamaikan Iman Dan Kebebasan, telah menjadi satu tajuk yang hangat di dada media negara kita. Namun yang hairannya, ramai remaja termasuk orang-orang tertentu yang menerima penulis Irshad Manji ini sebagai ‘hebat’ dan diterima pula karyanya di tengah masyarakat kita. Selain itu beliau juga telah dijemput oleh sebuah universiti untuk berbicara dalam sebuah forum ilmiah.

Dalam kerangka worldview Islam, sangat mudah bagi seorang Muslim untuk memahami dan menangani kes Irshad Manji. Irshad Manji adalah lesbian, dan dia begitu bangga dalam mempromosikan kelesbiannya. Beliau juga sangat bersahabat bahkan menyokong pandangan dan sikap Salman Rushdie, seorang yang sangat biadab dalam melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan logik sederhana sekali, kita boleh mengatakan bahawa mengundang seorang lesbian seperti Irshad Manji untuk berbicara di universiti atau lain-lain forum ilmiah adalah sangat dangkal dan tidak intelek. Kecuali, jika Irshad Manji berceramah di komuniti lesbian dan rumah-rumah pelacuran. Mengapa? Di dalam Islam, orang yang melakukan dosa, tetapi mengakui perbuatannya dosa, masih jauh lebih baik baik daripada seorang yang menghalalkan, apatah lagi bangga dengan perbuatan dosanya.

Seorang pelacur atau perasuah masih terbuka pintu taubat baginya jika dia sedar bahawa yang dia lakukan adalah salah dan dia mahu bertaubat secara bersungguh-sungguh. Tetapi, ini berbeza sama sekali dengan pelacur atau perasuah yang berbangga dengan tindakannya; atas dasar kononnya dia telah menyenangkan dan membantu orang lain.

Dengan kebanggaan sebagai lesbian, Irshad Manji sebenarnya sama kedudukannya dengan penzina. Bahkan, lebih dari itu, dia bangga berbuat zina. Dalam buku terbaru yang dipromosikan kali ini, dia banyak mengungkapkan kebanggaannya sebagai seorang lesbian. Dia juga tak malu mengatakan siapa pasangan hidupnya (entah sebagai suami atau isteri). Bahkan, kata-kata yang digunakan beliau dalam pelbagai bahagian buku ini sangat lucah, jauh dari nuansa akademik.

Di dalam buku ini, misalnya, Irshad Manji menulis, bahawa dia menerima satu soalan daripada seorang yang tak menyebutkan namanya (tanpa nama): ‘Mantan-saudari se-Islam, Irshad: Apa agama pasangan lesbian anda? Yahudi?’

Irshad Manji menjawab: ‘Aku bertemu pasanganku di gereja Anglikan, ketika menghadiri upacara ritual sebagai sebahagian daripada kajianku untuk program TV baru. Berkaitan pertanyaanmu, aku meminta dia berterus terang mengenai agamanya. Aku menuntut kebenaran. Jawapan dia, ‘Panggil saja aku Shlomo.’ Aku masih menyesuaikan diri.’

Ada lagi soalan seorang yang ditulis identitinya oleh Irshad Manji sebagai ‘Mo’. Orang ini bertanya: ‘Kami pasti menendang pantatmu ke neraka, biar kamu merasakan api neraka membakarmu hidup-hidup. Kau memang sepalsu neraka, jangan muncul lagi dengan buku-buku bodohmu tentang Islam. (Mo). Jawab Irshad Manji: ‘Biar aku betulkan, Mo. Aku ini sepalsu ‘neraka,’ tapi pantatku harus ditendang ‘ke neraka’ – yang menurut penjelasanmu, adalah tujuan yang ‘palsu’? Mahu cuba lagi?’

Melalui pelbagai bahagian dalam buku ini, Irshad Manji sangat jelas mempromosikan gagasan lesbiannya. Misalnya, pandangannya tentang pemahaman terhadap kisah kaum Luth dalam Al-Quran, dia menulis: ‘Nah sekali lagi, patahkan keyakinan dengan ayat-ayat Al-Quran sederhana yang mendorongmu untuk tidak terlalu berlebihan dengan ayat-ayat yang tersirat. Kisah Nabi Luth dalam Islam tergolong dalam perkara yang tersirat. Kau merasa yakin kalau surah ini mengenai homoseksual, tapi mungkin saja mengenai lelaki ‘lurus’ dirogol oleh lelaki ‘lurus’ lain sebagai gambaran atas kekuasaan dan kawalan. Tuhan menghukum kaum Nabi Luth kerana memotong jalur perdagangan, mengumpul kekayaan, dan berlaku tidak hormat terhadap orang luar. Perkosaan antara lelaki boleh jadi merupakan dosa sengaja (the sin of choice) untuk menimbulkan ketakutan di kalangan pengembara. Aku tidak tahu apakah aku benar. Namun demikian, menurut Al-Quran, kau pun tidak boleh pasti sama ada kau benar. Nah, kalau kau masih beria-ia untuk mengutuk homoseksual, bukankah kau justeru yang mempunyai agenda gay? Dan sementara kau begitu, kau tidak menjawab soalan awalku: ‘Ada apa dengan hatimu yang sesat?’

Sukar dinafikan, membaca buku Irshad Manji yang terbaru ini, juga buku sebelumnya, memang jauh dari kesan dan bahasa akademik. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan kejiwaan seorang lesbian yang banyak mengalami penderitaan semasa kecilnya?

Wallahua’lam. Yang jelas, seorang beridentiti ‘SR’ menulis surat kepada Irshad Manji – yang juga dimuatkan di dalam buku Irshad Manji sendiri: ‘Hello Cik Irshad sang Lesbian Feminis Liberal. Aku seorang Muslim moderat yang berpendidikan, dan aku rasa kamu ini berkhayal demi kemasyhuran dan ketamakan. Nah, ini judul yang bagus dan boleh kamu pertimbangkan untuk buku-bukumu selanjutnya: ‘Bagaimana aku boleh memperbodohkan Barat agar berfikir homoseksualiti diterima dalam Islam.’ Satu lagi, ‘Bagaimana menjual dirimu pada syaitan.’

Membaca buku Irshad Manji, juga sikap dan akhlaknya, nampaknya diperlukan pendekatan – bukan hanya analisis kritis atas isi bukunya tetapi juga pendekatan mental dan jiwa atau psikologi! Akhirnya kita berdoa agar tidak ada ORANG MALAYSIA YANG BODOH DAN TERIKUT-IKUT UNTUK MEMPROMOSI DAN MENJUAL ‘BUKU SAMPAH’ IRSHAD MANJI INI. Kita juga berdoa agar TIADA ORANG MALAYSIA YANG MENYOKONG LESBIAN DAN HOMOSEKSUAL SEPERTI YANG DIPERJUANGKAN LGBT.

Free EBOOK Rahsia Buat Duit Dengan Says

Siap juga ebook Buat Duit Dengan Says yang memang saya dah lama nak bagi kepada pembaca blog ini. Ebook ini ada menerangkan step by step cara daftar di Says.my, cara share campaign, tip dan trik untuk share kempen, dan cara withdrawal dari Says.my

Ebook ini cuma mempunyai 15 muka surat, saya kategorikannya sebagai Versi I. Mungkin pada masa hadapan saya akan update jika perlu. Yang bestnya tentang ebookBuat Duit Dengan Saysini ialah, saya belum berniat untuk menjualnya pun. Dan ia diberikan percuma kepada pembaca blog ini dan fans kami di Facebook.

Jujur saya katakan, ebook ini bukan 100% perfect. Tapi sudah lebih dari cukup bagi anda buat duit dengan Says.my memandangkan apa yang saya kongsikan ialah proven teknik yang saya gunakan untuk buat duit dengan Says, tanpa melanggar terma dan syarat Says Malaysia.

Baiklah, tak nak cakap panjang. Klik di sini untuk download.

ebook buat duit dengan says

Jangan lupa, kongsikannya dengan rakan-rakan anda juga ya!

Oh ya, lupa nak maklumkan. Anda kemungkinan besar tidak akan jadi jutawan dengan membaca ebook ini.

Cara Mohon Taska 1Malaysia

cara mohon taska 1malaysia

Ini satu lagi produk 1Malaysia yang pada hemat aku, sangat ramai orang berminat untuk mengusahakannya. Sama seperti program Tukar Kedai Runcit, Kedai Runcit 1Malaysia dan seumpamanya.

Bagi mereka yang berminat mengikuti kursus asuhan kanak-kanak, mereka boleh mendaftar melalui portal easy to care yang dibangunkan bagi membolehkan orang ramai khususnya pengusaha atau pengasuh taska membuat permohonan dengan mana-mana agensi asuhan yang diiktiraf JKM secara atas talian. Boleh baca manual penggunaan portal Easy to Care disini

Penubuhan taska komuniti yang dikenali sebagai Taska 1Malaysia bagi menampung kos asuhan ke atas kanak-kanak.

Sekiranya mereka berasal daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, maka setiap kanak-kanak itu akan dibayar yuran subsidi sebanyak RM180 di Taska 1Malaysia.

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.

Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.

Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan C(2005-2011).

Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.

Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:

Bil. Kod Mata Pelajaran Bil. Kod Mata Pelajaran

1 900 Pengajian Am 13 946 Pengajian Perniagaan

2 910 Bahasa Melayu 14 948 Perakaunan

3 911 Bahasa Cina 15 950 Mathematics (M)

4 912 Bahasa Tamil 16 954 Mathematics (T)

5 913 Bahasa Arab 17 956 Further Mathematics

6 920 Literature in English 18 958 Information and Communications Technology

7 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 19 960 Physics

8 930 Syariah 20 962 Chemistry

9 931 Usuluddin 21 964 Biology

10 940 Sejarah 22 966 Sains Sukan

11 942 Geografi 23 970 Seni Visual

12 944 Ekonomi

Dari segi kandungan pengajian dalam sistem ini, kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.

Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain-lain.

Dalam aspek  pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).

PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja amali, kerja lapangan/kajian luar, dan kerja projek/tugasan. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta dan calon persendirian, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga akan menyediakan Garis Panduan PBS bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian PBS demi jaminan kualitinya.

Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal. Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM seperti amalan sekarang.

Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem yang sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.

Satu kelebihan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung Penggal 3 (hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3, iaitu selepas keputusan Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.

Sistem ini juga diharapkan dapat menjadikan pengajian tingkatan enam lebih menarik dan lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian prauniversiti ini. Selain itu, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil.

Pengenalan kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM baharu ini bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM baharu bagi setiap kertas, dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini.

Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia lebih berkualiti dan menarik serta dapat mentransformasikan pentaksiran dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik.

Dengan pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti di peringkat sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang terdapat di IPT.

Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.

Maklumat lanjut mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh dilayari melalui portal MPM www.mpm.edu.my

Cara Semak Keputusan STPM

KEPUTUSAN STPM 2011 (7 Mac 2012) : Semak melalui SMS, taip STPM Result [No. K/P] dan hantar ke 15888. Secara online di http://www.mpm.edu.my/ mulai jam 12:00 tengah hari, 7 Mac 2012.