Semenjak Facebook memperkenalkan ruang pengiklanan di bahagian homepage, kini status update dari fanpage sudah jarang-jarang keluar di muka depan Facebook fans kita.
Ini kerana, status update tidak berbayar tidak diberi keutamaan lagi oleh Facebook.
Untuk terus muncul di ruang news feed atau wall fans anda, semuanya menjadi sukar pada masa hadapan. Pendek kata, NO MENEY, NO TALK.
Buat masa ini, untuk memastikan supaya fans kita tidak terlepas status update dari kita (fanpage), mereka mestilah add to interest lists. Itu penting.
Jujurnya, saya tidak berapa setuju dengan cara Facebook memaksimakan keuntungannya dengan meletakkan iklan merata-rata sangat. Facebook kan dah kaya dah. Ruang sidebar, header atau footer tu lagi banyak dan luas dibandingkan dengan ruang wall kita. Tolonglah jangan penuhkan ruangan wall dengan iklan, kasihan kami pengguna Facebook dan juga admin Fanpage.
Ingatkah anda sebab utama ramai dikalangan kita berhenti menggunakan Friendster dan MySpace? Jangan hairan jika perkara sama berlaku kepada Facebook dan kita kemudian berpindah ke LinkedIn




Share dan Comment di Gambar Facebook, Apa Kesannya?
Sudah tentu anda yang sering menggunakan Facebook akan perasan dengan gambar viral di mana anda diminta LIKE, SHARE atau COMMENT pada gambar dan selepas itu “see what happen?“
Bagi anda yang teruja dengan mesej “see what happen” sudah tentu akan buat seperti mana di suruh.
Dan kebanyakan orang akan buat tanpa berfikir pun. Adakah logik, dengan komen maka gambar orang mata tertutup kemudian boleh terbuka? Hanya dengan komen sahaja. HELL NO!
Yang akan bertambah ialah jumlah LIKE dan COMMENT pada gambar. Yang penting lagi, pemilik fanpage akan mendapat free marketing. Tidak semena-mena ia menerima banyak LIKE tanpa perlu bersusah payah.
Cukup hanya buat gambar dan mesej suruh Facebookers LIKE dan tinggalkan KOMEN bodoh, maka Fanpage mereka akan popular.
Ini ialah sejenis teknik marketing fanpage yang bijak. Ia mengambil kesempatan dari ramainya pengguna Facebook yang bodoh. Yes, siapa yang follow instructions sebegitu ialah pengguna social media yang bodoh. Sorry for my rude word.