Digi Year End Sales!

Bagi sesiapa yang nak beli handphone dengan harga murah, boleh lah tengok-tengok year end sales daripada Digi Malaysia ni. Beli handphone dan langgan Digi Smart Plan 68.

Ada satu promo yang menarik, iaitu percuma handphone Nokia N9. Ini semuanya untuk postpaid sahaja. Prepaid tak de.

Apa yang anda akan perolehi ialah pakej 12 bulan kontrak dan 5GB monthly internet quota. Kalau saya, saya mungkin akan ambik yang percuma Nokia N9 tu. Hoho Free kan. Atau anda boleh beli mana-mana handphone berikut sesuai dengan nafsu gajet anda.

- Nokia N9 – FREE

- Samsung Galaxy W – RM499

- Sony Experia S – RM499

- Samsung Galaxy S II – RM699

Cara nak beli pun senang sahaja, boleh beli secara online atau pergi sahaja ke mana-mana kedai Digi di Malaysia ni. Jika anda tinggal di Kota Bharu, anda boleh ke KB Mall atau Digi Center di Wakaf Siku. Untuk belian online, tengok sini http://www.digi.com.my/whatshot_v3/wonderbargain/landing.do

Says Perkenal Iphone Apps

Sebenarnya dah lama saya tunggu kemunculan applikasi samada dari Android mahupun Iphone daripada Says Malaysia memandangkan ramai daripada pengguna Facebook, Twitter yang menggunakan smart phone untuk social media mereka.

Pengumuman terbaru dari Says merupakan satu perkembangan bagus dalam industri pengiklanan di internet, apatah lagi memang tidak banyak syarikat pengiklanan yang mesra mobile user.

image

Saya harap, Says Malaysia akan memperkenalkan applikasi Android pula dalam masa terdekat kerana semaklum saya pengguna Android lebih ramai berbanding Iphone.

Apapun tahniah diucapkan kepada Says Malaysia atas perkembangan yang sangat baik ini.

Panasonic Smart Viera Error 005, 008

Akhir-akhir ini ada masalah connection dengan television Panasonic Smart Viera saya. Masalah yang berlarutan selama beberapa hari, iaitu, TV gagal dihubungkan dengan internet. Didapati Error 005 dan 008 selain gateway not found.

Saya hubungi Panasonic Customer Careline, katanya error tersebut berpunca daripada gangguan internet. Jadi, saya hubungi Steamyx customer careline, katanya masalah dengan television. Haha

Baiklah, memandangkan pengalaman saya dengan Streamyx yang susah nak mengaku gangguan dipihaknya. Maka saya memilih untuk percayakan staff technician Panasonic.

panasonic smart viera error 005

Jadi, saya dicadangkan tidak menggunakan Wireless connection pada tv sebaliknya menggunakan Ethernet cable atau wired connection.

Selepas buat macam tu, TV pun boleh akses internet dengan baik. Siap boleh install games baru pulak ni.

Internet di Malaysia Mahal Gila

Internet di Malaysia sangat mahal. Bukanlah saya tidak bersyukur, tapi memang semaklum saya syarikat ini untung sakan. Mobile broadband pun mahal. Apa yg kita boleh buat dengan plan 5gb dan bayaran bulanan sebanyak RM50++? Bila dah reach limit, internet jadi slow gila.

Nak tak nak kena beli additional bandwidth yang berharga RM50/5gb! Saya sekarang dalam mood travel, beberapa negeri saya singgah dan saya perlukan akses internet untuk GPS di handphone, email dan kerja-kerja berkaitan English Korean translation services, nak juga cek Facebook untuk ketahui update terkini isu Terowong Palekbang. Semua ini internet!

image

Saya kena add RM48/month untuk pakej Digi hanya untuk 2gb data! Memang ini merupakan plan promotion daripada Digi, tapi saya tetap rasakan yang ianya masih mahal. Sudah-sudahlah menindas pengguna.

Internet sekarang merupakan keperluan, tak rugi pun kalau jual dengan harga yang lebih murah. Saya masih ingat, tahun 2007, semasa Celcom Broadband mula-mula memasuki Kelantan. Saya dapat gunakan pakej biasa dengan maksimum 5gb data pada harga RM68 untuk kelajuan 384kbps.

Malah, walaupun penggunaan saya sering kali melebihi quota, internet masih boleh diakses cuma separuh perlahan. Tidak macam sekarang yang seolah-olah langsung tak boleh guna bila habis quota. Sekarang, pakej itu sudah dimansuhkan dan diganti dengan pakej lain yang sudah tentu jauh lebih mahal.

FriendlyFashion.My | Ladies Mesti Suka Ni!

Pertama kali saya tahu tentang FriendlyFashion ialah dari fanpage mereka di Facebook, itu pun setelah ada fanpage lain yang update temuramah dengan pemilik website fashion tersebut, Nadzirah Hashim dan Nur Diyana.

Dari situ saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang FF ni. Ia merupakan sebuah laman web seperti ebay, dengan bahasa mudahnya tempat sesiapa yang minat fashion berkumpul.

Bukan sekadar berkumpul dan sembang-sembang di forum sahaja, malah anda boleh menjual, memberi, atau bertukar-tukar barangan anda juga di situ! Bagus betul kan? Cuma klik submit item dan isikan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja.

fashion marketplace

Sebetulnya, saya belum pernah menjual di FriendlyFashion.my, tapi insyaAllah lepas ini saya akan cuba submit item di laman web tersebut. Bagi anda yang belum pernah mendaftar di Fashion Friendly, jangan segan-segan untuk memeriahkan marketplace yang best tu ya. Ini websitenya, http://friendlyfashion.my/

Download AES Detector Untuk Android

Terima kasih kepada Kevin kerana telah develop satu applikasi Android untuk mengesan AES Camera, ia dipanggil AES Detector dan boleh didownload secara percuma melalui Google Play dari peranti Android anda.

Atau, klik di sini untuk download

Saya dah download dah. Cuma belum guna je lagi. Dari review yang saya baca, apps ini memang berfungsi dan memberikan notification kepada penggunanya.

Apa yang anda perlukan ialah, kena turn ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, kena turn on sound pada Android gajet anda supaya anda boleh dengar bunyi notification tersebut.

download aes detector

Applikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia.