Lancome La Vie Est Belle Review

image

Ini antara hadiah yang saya terima sempena perkahwinan saya baru-baru ini. Pemberian ikhlas dari adik saya yang bertugas di Exxon, Zahidah.

Katanya, saya suka Lancome. Jadi dia belikan Lancome. Cara dia membeli senang sahaja, pergi ke kaunter dan tanya petugas kaunter – “perfume apa yang paling popular dan famous?”. Jawab staff kaunter Lancome, “yang ini adik”, katanya sambil menunjukkan botol seperti di atas.

Wangikah? Jujurnya saya jauh lebih gemarkan Lancome Miracle yang baunya lembut dan sangat mengasyikkan.

Yang ini, pun berbau sedap. Tapi baunya manis seperti bau gula-gula strawberry yang sangat kuat. Macam manis melekit. Hubby tidak begitu gemar saya memakainya, walaupun tak melarang tapi dari riak mukanya saya faham dia tak gemarkan bau itu.

Jika anda mahu rekemendasi dari saya, jujurnya saya lebih berminat untuk rekemen Lancome Miracle.

Apapun, terima kasih kepada adik yang hadiahkan perfume yang sweet ni. Love you!

Just Married!

getting married with american

Maka berkahwinlah saya :)

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi selepas sekian banyak prosedur dan borang kahwin bukan warganegara di isi dan dua trip ke Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semoga jodoh ini berkekalan ke anak cucu, semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah.

berkahwin warga asing amerika kelantan malaysia

Psst.. Gambar ni kami snap suka-suka, selepas majlis selesai dan tetamu beransur pulang. Oh penat!

Cenderahati Perkahwinan Unik 2013

Ini salah satu contoh cenderahati perkahwinan unik 2013. Doorgift yang boleh diberikan kepada tetamu tanpa mengira usia, dan ianya sangat berguna. Bukan satu cenderahati yang tak boleh digunakan.

Apa tu?

Anak telekung!

Sehelai anak telekung biasanya dijual pada harga RM3 sehelai. Tetapi, di laman Telekung Online Store No. 1 Di Malaysia iaitu www.telekung.com.my, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM2.50 sehelai, dah ianya termasuk hiasan pada anak telekung dan penghantaran percuma ke pintu rumah anda. Tak perlu susah-susah.

Harga terbaik di pasaran!

Ini antara contoh bagi majlis kenduri kahwin yang akan diadakan pada 4 May 2013 ini. Majlis yang akan berlangsung di Kota Bharu!

cenderahati perkahwinan 2013

Klik pada gambar untuk maklumat lanjut!

Surat Kebenaran Kahwin dari Kedutaan

Untuk berkahwin dengan warga asing di Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mendesak bakal pengantin warga asing menyediakan surat kebenaran berkahwin dari kedutaan.

Sungguh, saya hairan. Saya dimaklumkan, Kedutaan Romania dan Kedutaan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan surat sedemikian. Mungkin pihak Kedutaan Thailand ada, tapi kedutaan kulit putih begitu tidak ada. Malah mereka sedikit kebingungan, “kenapa kami perlu keluarkan surat kebenaran untuk kamu kahwin? Kamu boleh kahwin, itu hak kamu. Kami di kedutaan, tidak boleh menghalang hak berkahwin”.

Akan tetapi, JAHEAIK tetap mendesak surat yang sama.

Kenalan saya yang berkahwin dengan seorang warga Rom di Kota Bharu ada beritahu, akhirnya surat itu ditulis juga almaklumlah bagi memuaskan hati pihak tersebut. JAHEAIK lah tu.

Sesuatu yang tak wujud tapi diminta-minta juga. Urusan kahwin disusahkan dengan surat yang tidak diperlukan. Nampaknya, pihak Jabatan Agama perlu lebih bijak. Permudahkan, bukan menyusahkan urusan kahwin. Lagipun, kebenaran kahwin bukan terletak pada kedutaan, tapi wali.

Bagi sesiapa yang akan berkahwin dengan warga asing, anda kena tahu, surat kebenaran kahwin tidak disediakan kepada kita (yang muslim dan bukan muslim). Hanya jabatan agama Islam sahaja yang minta surat kebenaran kahwin dari kedutaan. Jabatan agama kafir atau bagi yang kahwin dengan bukan muslim warganegara Malaysia, pihak gereja/temple tak ada minta pun surat itu (tapi prosesnya berlainan bergantung kepada enakmen negeri). Jadi terpaksalah anda paksa pihak kedutaan tulis je surat tersebut. Kalau tak, permohonan kahwin anda tidak akan diproses oleh jabatan agama Islam negeri anda.

Ini memang menyusahkan. Anda boleh beritahu kedutaan bahawa, anda perlukan “Letter of no impediment to marriage“. Ia mengandungi kenyataan bahawa pihak kedutaan tidak mempunyai halangan untuk anda berkahwin.

Nantilah. Bila saya dapat surat tersebut, saya akan tunjuk contoh. Supaya, nanti .. pada masa hadapan.. anda yang akan berkahwin dengan warga asing tidak menghadapi masalah seperti saya hadapi ini.

Gubahan Hantaran Kain Pelikat

Sebelum ini saya kongsikan tentang contoh gubahan hantaran telekung, tapi disebabkan adanya pembaca blog ini yang cari contoh gubahan hantaran bagi kain pelikat maka hari ni saya tuliskan entry ini. Hey, rajin betul saya blogging :0

gubahan hantaran kain pelikat 2 gubahan hantaran kain pelikat 2 gubahan hantaran kain pelikat 2 gubahan hantaran kain pelikat 2 gubahan hantaran kain pelikat 2

Harap blogpost kali ini membantu sesiapa yang sedang mencari ilham cara menggubah hantaran kain pelikat. Jangan lupa pula, anda boleh dapatkan kain pelikat songket terkini di Kain Pelikat Online

Gambar kredit daripada flikr dan Google Images.

Gubahan Telekung Hantaran Kahwin

Sekarang ini ada beberapa pelanggan yang bertanya telekung manakah yang sesuai dijadikan hantaran kahwin.

Jujurnya, pada hemat saya.. saya fikir semua telekung yang kainnya bukan cotton (kain cotton macam kain baju sekolah) ialah sesuai dijadikan hantaran atau bukan kain yang terlalu lembut seperti Kain Khusyibo. Jika kain Cotton Polino atau Kain Vietnam, saya rasa OK.

Iaitu, anda boleh pilih antara Telekung Indonesia atau Telekung Organza ataupun Telekung Vietnam. Paling saya rekomen ialah Telekung Organza. Selain sulamannya cantik, ia lebih elegan berbanding telekung biasa yang lain. Lagipun, Telekung Organza tu macam trend baru la sekarang ni.

Tapi semua itu bergantung kepada bajet. Jika bajet anda kurang dari RM120, semua telekung yang terdapat di sini boleh memenuhi kehendak anda.

Ini pula beberapa contoh hantaran telekung yang saya kumpul dari Google Image yang boleh anda jadikan rujukan pada big day anda nanti :)

gubahan hantaran telekung kahwin

Gambar di atas ialah Telekung Indonesia. Cantik kan? Tapi gubahan macam tu susah sikit.

gubahan hantaran telekung kahwin 4

Yang macam ni senang. Cuma lipat empat segi sahaja, ikat dengan reben. Cantik dan minimalist. Tak payah susah-susah nak fikir cara design. Hihi

gubahan hantaran telekung kahwin 5

Ok cukup dahulu buat masa ini. Lain kali saya update lagi tentang contoh hantaran kahwin telekung sembahyang ya. Tak lama lagi dah nak cuti sekolah, harap blogpost ini membantu sesiapa yang akan kahwin dalam masa terdekat ini.

Sesiapa yang nak beli telekung, jangan lupa kat Malaysia ni ada Telekung Online Store :) www.TELEKUNG.com.MY