Ini kali pertama saya masak salad, itupun hubby yang buatkan base sos.
Sosnya senang sahaja. Goncangkan 5 biji telur putih bersama setengah cawan minyak zaitun, dan tiga sudu sos mustard (ready made boleh beli di tesco). Goncang di dalam botol selama 7-10 minit tanpa henti. Sehinggalah telur putih tadi sebati bersama minyak zaitun.
Basuh bersih-bersih sayur-sayur anda. Boleh guna apa sahaja sayur yang anda gemar. Saya gunakan salad, bawang kuning besar/onions, carrots, timun batang.
Campurkan sebahagian sos tadi ke dalam sayur anda, masukkan beberapa sudu cuka makan. Gaulkan sebati. Done! Siap untuk dimakan!






