Maybank Perkenal Maybank2U Pay, Fungsi Macam PayPal Pay Now Button!

Anda tahu PayPal? Sudah tentu anda tahu sebab PayPal merupakan online payment method paling famous di dunia. Dari situlah berkembangnya perniagaan internet terutamanya perniagaan melibatkan transaksi kredit kad dan debit kad.

maybank2u paySekarang, Maybank mula memperkenalkan sesuatu yang hampir sama dengan PayPal, dikenali sebagai Maybank2U Pay. Fungsi ini masih diperingkat test, iaitu hanya sesetengah blogshop atau e-commerce site sahaja dimasukkan untuk tujuan pilot test. Laman web e-commerce Telekung Online Store belum diundang untuk tujuan itu.

Cara pemprosesan transaksi Maybank2u Pay ialah hampir sama dengan cara beli tiket online, macam beli tiket penerbangan AirAsia mahupun Malaysia Airlines.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca di laman web Maybank.

Jadi Pembeli Bijak. Kira Sebelum Beli.

Saya ke Tesco Kota Bharu untuk beli barangan dapur minggu lalu. Sedang duk pilih-pilih cheese, saya ternampak keju Chesedale. Satu paket kecil 250Gram berharga RM8.69. Manakala satu paket besar 500Gram berharga RM18.95.

Logiknya, RM8.69 x 2 = RM17.38.

Oh.. di Tesco, lebih banyak beli jadi lebih mahal ya? ;)

Chesdale Cheese Tesco Kota BharuChesdale Cheese Tesco Kota Bharu 2

I don’t know what is the different between those two items..

Jualan Murah FIREFLY!

Bukan sahaja AirAsia yang sedang sibuk dengan promosi tiket murah mereka. Hari ini, pertama kali saya terpandang iklan FireFly dengan harga tiket serendah RM6 (tidak termasuk airport fee and taxes)! RM6!!

RM6!

Bagi penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, kadarnya ialah RM66! Iaitu caj airport dan taxes sebanyak RM60.

Ya, mungkin anda akan cakap bahawa AirAsia jauh lebih murah. Tapi bagi saya, ini tawaran yang hebat mengambil kira jarak Lapangan Terbang Subang dan LCCT, selain disediakan minuman dan makanan dan juga luggage sebanyak 20kg. Ini memang good deal!

Tarikh tempahan ialah pada 1 hingga 6 April 2013. Manakala travel period ialah pada 15 April 2013 – 31 March 2014! Lama nih!

firefly sales

Digi Vintage Sales, Nokia 3310 With Internet!

Saya harap, ini bukan iklan April Fool atau prank ads dari pihak Digi.

Tawaran ini dibuka bagi DG SmartPlan Classic. Apa itu SmartPlan Classic? Saya pun tak tahu. Sekarang saya gunakan Smartplan 88. Itu pun cuma guna di hanphone yang pintar. Bukan handphone tak pintar seperti Nokia 3310 dan seumpamanya.

Saya percaya, ramai juga di kalangan kita yang tertanya-tanya dengan iklan ini.

Digi vintage sales

LG Google Nexus 4. Ia Sangat Cool!

Saya bertanya rakan bernama Jon, “What phone should I buy?”

Jawabnya ringkas. “Google Nexus 4. No question.”

Maka, saya pun mulalah agenda mendapatkan Google Nexus 4 daripada penyedia telco di Malaysia ni.

Setelah dibuat perbandingan, saya putuskan untuk beli LG Google Nexus 4 dari Digi. Iaitu pada harga RM1279 selepas ditolak rebat RM200 daripada SKMM. Ya, senang betul mohon rebat RM200 tu. Cuma isi borang online sahaja terus dapat. Harga asalnya ialah RM1479.

Sebelum saya ke Digi center, saya lihat ada promosi percuma sebuah telefon Alcatel (klik). Dalam hati, saya cakap, OK lah. Saya nak langgan yang tu. Tapi malangnya, tiada pun handphone tu di branch tersebut. TAPI, bila saya tanyakan kakitangan Digi di branch KB Mall, jawabnya telefon percuma itu tidak ada di Kelantan. SEDANGKAN, dalam laman web Digi menyatakan ADA. Dan ianya bagi pelanggan yang melanggan DG Prepaid Smart Plan™ (SKMM Edition).

Setelah difikir-fikir, maka saya memilih untuk upgrade sahaja talian lama saya dengan melanggan pakej Digi Smart Plan 88 dari Digi Postpaid 50, maka saya akan dapat rebat bulanan dari Digi berjumlah RM20 sepanjang tempoh 24 bulan.

digi free alcatel phone

Saya malas nak bertekak dengan staff yang mungkin tak berapa bijak. Tapi, rata-rata komen di Facebook cakap, memang tiada pun telefon pintar percuma jenama Alcatel. Apa yang ditunjukkan itu cuma gimik. Blogpost ini bertujuan memaklumkan anda, supaya jangan percaya sangat dengan kandungan promosi tersebut. Saya dah pergi, tak ada pun. Melainkan Digi akan pos telefon tu kepada saya, maka saya akan delete blogpost ini.

free digi smartphone alcatel

At the end, tak ada pun free Alcatel Smartphone tu. Yang dapat cuma handphone yang saya beli sahaja iaitu LG Google Nexus 4. Apapun telefon ini memang cool gila. Saya pernah gunakan Samsung Galaxy Note II dan Samsung Galaxy SIII milik kakak saya, tapi saya fikir smartphone ini smarter than those two smartphones.

LG Google Nexus Malaysia price

Cuma, ia tidak didatangkan dengan headphone. Tiada cover. Cuma phone dan charger sahaja. Bahagian belakang Google Nexus ini dibuat dari glass. Kelihatan seperti mudah calar. Mungkin kena beli cover untuk handphone ini. Dengan kamera 8 megapixel dan internal memory 16GB, ia memang cool gila. I love it!

Pst. Saya tidak bercadang untuk menulis review bagi handphone ini. Anda boleh baca review LG Google Nexus 4 di techblog yang lain atau boleh lihat video review di Youtube.

Philips Blu Ray 3D Home Theater from Allianze!

Ini antara hasil penyertaan peraduan dalam Facebook, iaitu peraduan daripada Allianze Home Insurance Malaysia. Saya menang second place, dapat satu set Philips Blu Ray 3D Home Theather hari ni.

Penyampaian hadiah dibuat di Tesco Kota Bharu, sempena Karnival Mesra Molek Allianze.

Gambar semasa ambil hadiah tu, tak sempat snap. Kamera dah bagi kat adik, tapi sebab faktor jarak… tak dapat dia snap. Lagipun cameraman Allianze dah ada beberapa orang.

Ini hadiahnya, belum saya unbox home theater 3D Blu Ray ini.

Philips Home Theather 3D Blu Ray unboxing

Selepas terima hadiah tu, terus kami bergegas balik sebab kena bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke kereta, nampak ada seorang uncle duk pasang belon Allianze. Jarang dapat jumpa orang duk isi angin belon macam ni, jadi kami pun snap lah sekeping dua :)

Tapi gambar di bawah cuma adik dan umi je. Gambar saya, saya simpan dalam handphone je dulu.

Philips Home Theather 3D Blu Ray

Alhamdulillah atas rezeki ini. Semoga murah rezeki bagi contest lain pada masa hadapan.

Ps, saya tidak bercadang untuk menggunakan home theater set ini kerana saya sudah ada sebiji TV Panasonic Smart Viera. This home theater is something that I don’t really need it. I think I should sell this thing as exchange for some other thing.