Gubahan Telekung Hantaran Kahwin

Sekarang ini ada beberapa pelanggan yang bertanya telekung manakah yang sesuai dijadikan hantaran kahwin. Saya fikir, buku Panduan Persediaan Perkahwinan ada mengajar pembacanya tentang hantaran kahwin. Bagi yang tak ada buku panduan tu, bolehlah rajin-rajin visit blog ini. Saya pun rajin juga share panduan-panduan berkaitan kahwin-kahwin ni ;)

Jujurnya, pada hemat saya.. saya fikir semua telekung yang kainnya bukan cotton (kain cotton macam kain baju sekolah) ialah sesuai dijadikan hantaran atau bukan kain yang terlalu lembut seperti Kain Khusyibo. Jika kain Cotton Polino atau Kain Vietnam, saya rasa OK.

Iaitu, anda boleh pilih antara Telekung Indonesia atau Telekung Organza ataupun Telekung Vietnam. Paling saya rekomen ialah Telekung Organza. Selain sulamannya cantik, ia lebih elegan berbanding telekung biasa yang lain. Lagipun, Telekung Organza tu macam trend baru la sekarang ni.

Tapi semua itu bergantung kepada bajet. Jika bajet anda kurang dari RM120, semua telekung yang terdapat di sini boleh memenuhi kehendak anda.

Ini pula beberapa contoh hantaran telekung yang saya kumpul dari Google Image yang boleh anda jadikan rujukan pada big day anda nanti :)

gubahan hantaran telekung kahwin

 

Gambar di atas ialah Telekung Indonesia. Cantik kan? Tapi gubahan macam tu susah sikit.

gubahan hantaran telekung kahwin 4

Yang macam ni senang. Cuma lipat empat segi sahaja, ikat dengan reben. Cantik dan minimalist. Tak payah susah-susah nak fikir cara design. Hihi

gubahan hantaran telekung kahwin 5

Ok cukup dahulu buat masa ini. Lain kali saya update lagi tentang contoh hantaran kahwin telekung sembahyang ya. Tak lama lagi dah nak cuti sekolah, harap blogpost ini membantu sesiapa yang akan kahwin dalam masa terdekat ini.

Sesiapa yang nak beli telekung, jangan lupa kat Malaysia ni ada Telekung Online Store :) www.TELEKUNG.com.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>