Domino’s Pizza Buka Cawangan Baru di Kota Bharu, Kat Mana?

Penggemar pizza yang dah muak dengan Pizza Hut boleh beralih angin tak lama lagi. Di Kota Bharu ni, ada beberapa kedai pizza yang sebenar. Satu yang paling saya gemar ialah Gino Pizza – New York Style Pizza. Kedua, Terraudi Pizza. Dua-dua ni memang ada rasa pizza sebenar.

Domino’s Pizza pun tak kurang juga sedapnya. Boleh tahanlah kalau dibandingkan dengan Pizza Hut yang tebal tu hehe

Ok, lokasi Domino’s Pizza Kota Bharu ialah di Jalan Hamzah, bersebelahan Kedai Kek Muhibbah. Kenapa Domino’s Pizza tak masuk dalam mall seperti KB Mall atau Tesco? Saya fikir mungkin ia memang gaya bisnes mereka yang lebih fokus kepada delivery berbanding makan dalam restoren.

Buat masa ini kedai ini masih dalam pengubahsuaian.

*Oh, Sushi King pun bakal buka cawangan di Kota Bharu juga iaitu di Tingkat 3, KB Mall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>