Jadual Kursus Kahwin Kelantan 2013

Penat betul saya cari Jadual Kursus Kahwin Kelantan 2013, tapi tak jumpa. Maklum sahaja ada error di website Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK). Akhirnya, selepas bertanya di Fanpage Kelantan Bloggers, barulah saya diberitahu oleh seorang fan tentang jadual ini. Lagi satu yang selalunya diperlukan oleh bakal pengantin ialah Panduan Persediaan Perkahwinan. Buku wajib tu, sebab nak masuk ke alam baru memang ada banyak yang kena belajar.

Jadi, saya fikir sudah tentu ramai lagi yang mencari tarikh atau jadual kursus kahwin di Kelantan. Suka saya kongsikan bersama anda di blog ini.

jadual kursus kahwin kelantan 2013

Cara nak tempah ialah dengan pergi ke pejabat agama di daerah masing-masing. Bawa satu salinan kad pengenalan dan wang RM70.00 untuk tempah tarikh yang anda mahukan. Jika anda bukan warganegara Malaysia, sila bawa salinan passport. Jika anda warganegara Malaysia dan muallaf, boleh bawa kad memeluk Islam.

Jika anda bercadang untuk berkahwin di luar Malaysia, anda tak perlukan Sijik Kursus Pra-Perkahwinan ni. Tetapi, digalakkan hadir.

Selamat berkahwin! Lagi satu, kalau rasa macam masih berdebar-debar nak kahwin tu, eloklah dapatkan air penerang hati atau baca Panduan Perkahwinan yang banyak membantu. Kat sini banyak dikongsi tip-tip dan panduan bagi mereka yang baru nak kahwin. Yang dah kahwin pun boleh baca. Yang nak kahwin lagi pun boleh baca juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>