Kebelakangan ni rajin juga duk apply free sample yang delivered to my doorstep ni. Hari tu ada apply sample Kao Laurier Perfect Comfort dan dah cuba dah hari ni.
Sebelum ini saya guna Kotex, sehinggalah munculnya Libresse. Jadi sekarang, tuala wanita yang kebiasaan saya guna ialah Libresse Maxi Wings. Dah tak guna Kotex sebab lapisan tualanya yang sikit keras dan serapan tak bagus sangat jika dibandingkan dengan Libresse.
Jadi, memandangkan ada logo Baru pada pek sample Kao Laurier Perfect Comfort, saya decide untuk cuba. Baguslah Laurier ni, dia bagi sampel dahulu untuk kita cuba. Kalau puas hati, boleh terus beli. Kalau tak puas hati, jangan beli.
Tapi tidak diberi borang maklumbalas selepas guna. Kalau ada borang maklum balas, dah tentu saya akan isikan borang tu dan hantar kepada pihak mereka.
So then mereka akan tahu apa komen pengguna selepas guna sampel mereka. Sebetulnya, saya jauh lebih selesa menggunakan Libresse Maxi Wings. Tapi tak perlulah saya cerita di sini ya.
Sebagai orang Islam, kita kena bersih. Sebab tu lah darah yang melekat pada tuala wanita mesti dibasuh sebersih-bersihnya sebelum dibuang.
Masalahnya di sini, pad Kao Laurier Perfect Comfort akan pecah dan kapasnya akan keluar daripada pad semasa dibasuh. Saya tak ambik gambar untuk tunjukkannya, cukup sekadar makluman sahaja la kan. Takkan nak tunjuk gambar pad yg kena basuh kot.
Anyway, ia mengandungi sedikit gel yang berfungsi untuk menyerap basahan. Itu pun tak best pada saya. Menyusahkan lagi untuk kita basuh pad ni.
Tak macam Libresse yang padnya tidak pecah dan kapas tidak keluar semasa dibasuh. Jadi harap Kao Laurier boleh terima maklumbalas ni. Oh btw, kalau ikut sembang-sembang kami orang perempuan pun, memang tak ramai yg suka pakai pad bergel tu. Susah betul nak basuh.
Popular:- English Proofreading Services in Malaysia
- Telekung Online Store
- Homestay Kelantan
- Instaforex Malaysia
