Maybelline Angelfit Foundation

Beberapa hari lepas terpaksa pinjam bedak muka adik, kerana bedak cap L’oreal saya dah habis. Selepas beberapa hari guna, saya decide untuk beli sendiri kerana rasa sangat selesa dengan Maybelline Anglefit ini.

Saya beli di Pasaraya Pacific, KB Mall dengan harga RM44.38 selepas diskaun 10%. Harga yang affordable dan tidak mahal. Sebetulnya, ini lagi best dari bedak L’oreal saya yang saya dah lupa jenisnya.

Maybelline Angelfit

Maybelline Angelfit

Maybelline Angelfit

Tone nya sangat sesuai dengan kulit muka saya yang tidak cerah. Perfectly fit into my skin tone. Selepas beberapa jam pakai pun, kulit muka rasa tak berminyak. Sebelum pakai benda ni, saya tenyeh dulu B.B Cream. Lepas tu baru sapukan Maybelline Angelfit Foundation ni. Saya pakai nipis-nipis je, tak tebal sangat sebab memang itu cara saya guna bedak muka dari dulu lagi.

Ia dikatakan mengandungi Chamomile Essence, Royal Jelly dan Vitamin E. Dermatology tested.

Jadi, adakah saya recommend Maybelline Angelfit Foundation? YES!

 

Leave a Reply