Ramalan Uncle Seekers Ni Boleh Percaya?

ramalan mimpi uncle seekers

Sebetulnya dah lama aku duk follow update dari blog Uncle Seekers. Sekarang ni musim dia duk update tentang tafsir mimpi. Sejauh mana keberkesanan tafsir mimpi dari kitab beliau, itu aku kurang pasti. Dan adakah ia betul mimpi, aku pun tak pasti.

Err.. ada mungkin itu sejenis marketing plan?

Aku pun boleh cakap, aku mimpi itu ini. Kamu nak percaya atau tidak, terpulang. Jika betul berlaku, itu kebetulan. Jika tidak, tak apa lah.

[ad#innity-text-link]

Tapi setakat ini, ada dua tiga dari blogpost kitab Uncle Seekers, ada kebetulan betul. Satu terbaru, cerita Arwah Ahmad Jais dan baru-baru nak menjadi isu ialah kisah Ananda Krishnan pemilik Maxis yang dipanggil oleh Biro Siasatan Pusat (CBI) India.

Lepas ini, kita tengok cerita yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ada beberapa mimpi beliau yang aku rasa aku nak tunggu dan lihat kadar kebetulannya. Antaranya tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Najwa, mimpinya tentang Zizan, dan juga tentang Teh Hong Piow pemilik Public Bank. Wait and see.

Aku baca sahaja blog Uncle Seekers tu. Benda-benda begini baca aje lah, percaya tu cerita lain pula.

Setakat ini, satu-satunya tafsir mimpi yang rujuk ialah kitab Tafsir Al-Ahlam oleh Ibnu Sirin. Kitab ini, memang akan jadi rujukan aku setiap kali aku mimpi sesuatu yang aku tak faham. Kamu pun boleh beli Tafsir Al Ahlam ni, ada terjemahan Melayu.

Oh ya, dari Facebook search tadi, aku jumpa fanpage “Kami tak suka ramalan uncle seekers“. Ni dia, dan beberapa lagi fanpage lain yang bukan dikategorikan fanpage. Mungkin aku boleh sebut, hatepage.

ramalan mimpi uncle seekers

Apapun Uncle Seekers, lantak pi lah orang nak kata apa. Teruskan menulis sebab aku nak baca :D

Popular: