Semak Tawaran Haji 2011

Nampaknya permohonan pergi haji untuk tahun ni melalui Battuta Travel tak berjaya. Mungkin memang kena tunggu turn tahun 2018 lah agaknya, lebih kurang 7 tahun lagi. Alahai.. lambatnya kan?

Tahun depan boleh cuba lagi melalui travel agency.

Sesiapa yang belum tahu status permohonan haji bagi tahun 2011, boleh semak di sini. Cuma masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun Tabung Haji. Dan lepas tu keputusan tuan tuan, puan puan akan keluar.

Berkenaan Battuta Travel Kota Bharu, yang ni aku nak rekemen. Sebabnya, kami dah pergi kursus haji setiap minggu pada hari Sabtu. Jam 2.30 hingga 5.30 petang. Tanpa bayaran apa-apa pun. Cuma perlu bayar hanya jika dah sah nama kita ada dalam senarai layak pergi haji. Bagus kan travel agency ni? Tak ada ciri-ciri nak scam langsung. Tahun depan aku cuba apply lagi.. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>