Smart Lunch Pizza Hut

Nasib baik sekarang Pizza Hut ada menu Smart Lunch untuk menu makanannya yg selain Pizza tu.

Diawal pengenalan “makanan baru” Pizza Hut, kita cuma boleh pesan satu satu, nak makan apa. Sekarang, ia didatangkan dengan pakej. So, jimat lah sikit.

Macam menu saya makan kali ni, Lime Pepper Chicken Chop, Kopi O dan French Fries…semuanya RM18.90 tidak termasuk Sales and Services Charge. Total, RM20.10 untuk seorang makan. Ini dine-in charge.

image

Good deal? Yah! Bagi saya good deal.

Berkenaan Lime Pepper Chicken Chop dari Pizza Hut ni, rasanya jauh lagi sedap dari chicken chop lain yg saya pernah makan. Dihidangkan bersama mash potato, brocolli dan carot.

Cuma, satu perbezaan ketara yg saya tengok antara menu sama dengan branch lain. Dibandingkan dengan Pizza Hut Kubang Kerian. Di sana, saiz Brocolli dan Carot jauh lagi besar dan gemuk dibandingkan dengan Pizza Hut KB Mall. Haha Tapi tak apalah, bukan nak makan sayur pun sebenarnya, yg penting ayamnya sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>