Tabung Dana Ehsan ISS SCAM

Bukan selalu saya menulis topik berkaitan scam di blog ini. Tapi hari ni rasa terpanggil untuk tulis satu dana baru yang motifnya baik gila. Baiknya mengalahkan baitul mal. Baik sungguh niat orang yang mereka Tabung Dana Ihasan ISS atau Tabung Dana Ihsan.

Ihsan dari siapa kepada siapa, Allahua’alam tapi saya rasa.. ia lebih kepada ihsan daripada pelebur kepada pemilik Tabung Dana Ihsan ISS.

Saya tidak faham kenapa orang mudah percaya, wujudnya orang yang baik yang nak tolong langsaikan hutang seseorang tanpa udang disebalik batu. Baik gila kan? Terbaru, ramai jugak rakyat Malaysia kena pedajal dengan Worldshopperslink.com dan VGMC. Semua tu skim yang sama sahaja. Bayar upfront dan lepas tu dapat pulangan bulanan. Pulangan sekejap sahaja, ada yg dapat balik modal tapi ada yang tak dapat balik modal. Kebanyakkannya, tak dapat balik modal.

Tabung Dana Ehsan ISS scam

Dalam bab Tabung Dana Ihsan ISS ni, saya baru je tengok website dia. Pakai blog yg dihostkan di Blogspot. Websit free dan introduction jelas menjual agama Islam. Buat ayat-ayat Islamic sikit, nak kaburi mata pembaca. Ini semua tipu belaka.

Website macam buat dengan kaki. Tak cantik dan tak professional langsung. Heran saya, macam mana orang boleh join dengan lihat website buatan kaki macam tu.

Ada kaedah sumbangan pula tu. Jika betul nak membantu, tak perlu minta duit dengan ahli. Owner fund mesti dah ada fund, baru boleh bantu. Kalau pelebur atau member yang bagi duit, itu bukan membantu. Tapi mencengkik. Bukan kurangkan hutang, tapi tambah hutang.

Dan lagi, masa menunggu minimum 6 bulan. Heh heh Ini lagi teruk. Dalam 6 bulan, apa-apa pun boleh terjadi. Dah boleh lari keliling dunia pun dalam tempoh ni.

Malaslah saya nak cakap panjang-panjang, cuma harapnya tak ramai orang kita yang termakan dengan scammer sebegini. Memandangkan mereka menggunakan platform Blogspot, kita boleh sama-sama mematikan laman web Tabung Dana Ihsan ISS ni. Pergi ke laman web Tabung Dana Ehsan ISS, ada toolbar macam dalam gambar di bawah tu. Klik Report Abuse. Isikan apa-apa yang diperlukan dan lepas tu pihak Google akan matikan website tersebut bila ramai yang report.

dana ehsan scam

Jom report abuse!

Baca lagi di sini untuk maklumat lanjut dan pandangan orang lain berkenaan Tabung Dana Ehsan ISS

Leave a Reply