The Billionaire Movie dan Seaweed

image

Seorang rakan mencadangkan saya menonton movie Thailand bertajuk The Billionaire. Maka saya tontonlah. Itu kisah bagaimana seorang budak lelaki yang bukan dropout school, tapi beliau punya semangat keusahawanan yang tinggi.

Bermula dari menjual senjata bagi online gaming di internet. Hasil dari jualan senjata dalam games internet, beliau mampu mendapat keuntungan besar sehinggakan mampu membeli kereta. Sehinggalah akaun game tersebut di”block”, beliau kemudiannya cuba berniaga DVD player, dan kacang cashew panggang. Perniagaan tersebut gagal. Lebih malang, ibubapa mereka bangkrup dan terpaksa melarikan diri ke rumah abangnya di negara China.

Bagaimana beliau mendapat idea dan berusaha menjual seaweed jenama Tae Koi Noi? Itu anda mesti tonton movie The Billionaire. Really inspiring movie.

Tahukah anda, seaweed yang dihasilkan beliau kini boleh didapati di berpuluh-puluh buah negara? Ya, anda boleh dapatkan seaweed jenama tersebut di hampir kebanyakan pasaraya di Malaysia. Gambar di atas ialah seaweed Tae Koi Noi yang saya beli di Tesco! Dan saya makannya hampir setiap minggu. Movie tersebut sangat berjaya. Jika tidak, mana mungkin saya membelanjakan hampir RM40 sebulan untuk beli seaweed dari jenamanya. ;)

Anda boleh tonton full movie tersebut di https://www.youtube.com/watch?v=mM8hFcs8KHk

Leave a Reply