Tahun sudah, di laman blog lain saya tulis tentang Royaltyfx scam. Tetapi ramai pelabur di Royaltyfx tak percaya dengan forecast saya ketika itu malah menghentam saya balik. Klik sini untuk baca. Tapi tidak lama selepas itu, jangkaan saya betul iaitu Royaltyfx scam (klik). Baca juga dua post tersebut berserta komen-komen di blog itu.
Dan, baru tadi ada orang beritahu saya tentang satu laman web buat duit di internet, bernama Worldshopperslink, katanya dia dah buat banyak duit dengan join program ni. Bisnes internet katanya.
Saya decide untuk cek dulu sejauh mana hebat bisnes online Worldshopperslink.com ni. Setelah menggodek internet especially Pak Cik Google, maka saya buat kesimpulan bahawa… yah! BABY SCAMMER SUDAH LAHIR!
Worldshopperslink.com ini masih baru. Panas-panas lagi. Dan golongan kononnya tokey internet bisnes ni sedang giat duk promosi skim jutawang ini lah. Sebab tu ada agen yang rajin duk promosi di internet ni, malah promosi offline pun ada.
Ia bukan sebuah company, malah selepas cek whois domain pun tak ada info pemilik website. Jadi, dengan kata lain… pemilik laman WorldshoppersLINKGUP ni menyembunyikan diri.
Website ini masih baru, sehingga hari ini (5 September 2012), Wordshopperslink baru berusia 171 hari. Masih bayi lagi ni. Dan memang, pemilik website ini menyembunyikan diri. Lihat screenshot dibawah hasil semakan dari Scamadviser.com
Pernah terbaca dalam forum Carigold, seorang lelaki mengaku bahawa:
memang paid… sy join package platinum rm1050 , bulan2 maintain rm350 selama 12 bulan tanpa ada downline pon, keja klik iklan jek, n then nak masuk banyak
Saya tak tahulah macam mana dia maintain 12 bulan paid tu, sebabnya sehingga September 2012 Worldshopperslink baru berusia 171 hari. Pelik bukan. Setahun atau 12 bulan bersamaan 365 hari. Kalau ya pun nak promo skim mengarut ni, janganlah menipu tertonggeng-tonggeng.
Ramai yang duk promosi bahawa syarikat Worldshopperslink ialah sebuah company dari United States (USA). Tapi, dari hasil selidikan saya di Hypestat.com .. yang saya tengok lebih 51% daripada pelawat website bakal lingkup ini ialah dari Malaysia, disusuli dengan Indonesia dan negara-negara Asia lain.
Dan jika betullah ianya berasal dan beribu pejabat di Amerika Syarikat, ADAKAH IANYA SEBUAH PERNIAGAAN BERDAFTAR?
Sama sekali tidak! Anda boleh cek di company search di laman US Securities and Exchange Commission.
Sekadar bertanya, orang Amerika tak join ke syarikat dari USA ni brader? Heh heh
Ianya merupakan sebuah website cikai yang domainnya dibeli dengan Godaddy.com dengan nilai cuma maksimum USD12.99 sahaja.
Bagi golongan Maleis yang suka program cepat kaya macam ni, mereka akan cakap macam-macam bagi menghalalkan “internet bisnes” dia ni. Walaupun hakikatnya, tidak lebih tidak kurang beza dengan skim tah papa tu.
“Peniaga” kononnya membeli pakej silver, gold seumpamanya untuk tengok iklan. Seperti dibawah:
In realiti, tidak ada produk atau servis pun yang dijual. Jadi apa yang dia jual? Tak ada jual apa-apa pun. Jangan kelentong cakap, servis saya ialah menyediakan khidmat klik mengklik. Anda bayar, kemudian klik iklan sendiri? Itu tak betul. Hanya Says dan ChurpChurp sahaja yang valid dan sah di Malaysia buat masa ini.
Berbalik kepada skim tah papa dari Worldshopperslinkup ni, didapati bahawa ianya bukanlah sejenis perniagaan yang sah.
Saya gerenti, selepas pemilik web ini mendapat duit yang banyak hasil menjual pakej karut marut ni, web ini akan ditutup. Ingat lagi Royaltyfx.com? Hari pertama saya tengok pun dah tahu yang ianya scam, tapi ramai yang tak dengar. Sekarang tengok apa dah jadi. Muhaha Maleis yang lapar kaya ni memang mudah kena tipu. Sebab itu scammer ialah bisnes paling menguntungkan. Mula-mula, memang anda sebagai pelabur atau peniaga akan dibayar. Selepas itu, anda bukan lagi pelabur tapi sebaliknya PELEBUR. Tapi after certain time, duit tah ke mana, website pun tutup.
Jadi, kalau ada yang ajak gi seminar Worldshopperslink ni tak payah lah bazirkan masa pergi dengar. Duit nak dapat bukan senang, nak buang je yang senang.
PS: Payment proof pun tak jumpa jugak ni. Tak ada apa-apa yang meyakinkan dengan Worldshopperslink.com ni.
PPS: Baiklah. Jika anda betul-betul nak buat duit di internet ni, teruskan lah baca blog ini selalu. Untuk buat duit yang biasa-biasa tanpa modal di internet, anda boleh baca tentang Fiverr, ChurpChurp, Says, dan seumpamnya yang ada dalam blog ini. Atau, buka sahaja online shopping store anda sendiri di internet! Kan senang dan tiada risiko kena scam.
Popular:- English Proofreading Services in Malaysia
- Telekung Online Store
- Homestay Kelantan
- Instaforex Malaysia





bagi penyamun yang suka berdengki dengan orang adalah orang yang cakap biz ini scammer..tolong la dok diam2…biasa la biz baru nak naik…xkan terus nk guna yang mahal..
kah kah kah. wait and see. aku tunggu program ni berkubur.
Aku setuju scam… Kalau check kat alexa.com traffic/visitor yang pergi/search ke website dya hanya di Malaysia dan Indonesia sahaja…
tu sangat betul, ramai orang kita yg kena tipu dengan skim cap ayam macam ni. kesian kesian kesian
kalau dah join n kena tipu, baru la leh bg pendapat dan komen2..ni belum apa2, baru je kaji dah kata scam la, tipu la.. join dulu n rasa kena tipu dulu..baru leh komen kata benda ni tipu.. ni la sikap melayu, tak nk cuba..just nk kondem.. padahal dia tak join pun..fikir la sendiri kalau nk cari duit lebih skit..
aku melayu ke? muhahaha siaan kau. tak tau pape dah nak cakap. puii.
well…kau dah jutawan ke sekarang ni?
hahaha kesian sape yg rase kena tipu duet beribu2…. org melayu knon…knape org usa sendiri tak nak cube??
sebab…. hehehe
Join dulu dan rasa ditipu dulu baru leh komen? Kepala hotak kau! Dah kena tipu baru ada hak utk komen, war2 kn pd public yg bnd nih scam, cmtu? Helloo…byk sgtla hengget ko mcm tu. Bebal !
hahaha komen awak ni lah yg paling best! sy suka! dia memang bebal
Ishk2..kesianlah untuk yg terus percaya..sekarang ni mana ada easy money…especially yg collect duit utk invest dkt website… saya ni duduk bahagian complaint internet scam…public dok mai office saya buat complaint kena tipu duit dkt online.. tapi kadang2 kalau cakap tak guna juga…mau kena batang hidung sendiri baru mau ingat..
selalu yg try dulu tu yg kena, dah kena baru percaya. kalau cakap bukan derang nak dengar pun, contoh dah ada 2 org kat ruangan komen ni.
Ada member aku ajak join menda ni.. Mula-mula aku masuk websitenya pun dah nampak ‘cheap’.. Nampak biasa aja.. Aih takkan syarikat yang dikatakan ‘hot’ design simple ja.. Aku pernah terkena dengan speeline, website lebih kurang cam ni la.. Simple sahaja…
Sekarang ni bukan kes dengki ke hapa, ahli yang duk promote benda ni kata dah lama join, tup2 tengok umur website baru lagi.. Nampak sangat nak bohong..
Assalamualaikum,
Terima kasih atas artikel yang bermanfaat ni. Pertanyaan, ada tak WSL ini di buat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang tertipu?
si mangsa akan buat aduan bila mereka dah tak dapat buat withdrawal, atau bila website tu dah lingkup. selagi boleh withdraw, mereka akan cakap bisnes tu valid. dah kena, baru bising.
ko tolong watkan boleh….? boleh laaaa…..
xpe la awk tggu dan lihat..benda mmg baru so nk ckp btul@ tidak tu pon xboleh laa.masing2 boleh bg pendapat msing2.deorg yg join ni pon bukan jenis xbiasa kna scam.so mmg deorg ni pon dh bersedia utk sebarang kemungkinan.cumanya jgn mengianaya org sudah la.klu org tu yakin dgn hasilnya maka itu dia tanggung sendiri la.jd kesimpulannya klu rasa takut rugi @ lebih cerdik dr deorg yg join tu xpayah la awk join.x rugi apa pon.pakat2 tggu n krenyeh mcm kerang busuk je la.klu terbukti awak btul mmg awak ni Ahli Nujum yg hebat sgt boleh forecast smua benda n syarikat yg wujud d online ni.selain tu awak kna jugak try cek domain2 utk FB,google,AOL etc n tgk result search berbeza tak dr yg So called Scammer websites ni..ok happy spying and being inspector Gadget..pls update info yg sgt membina ni.TQ earnic
member2 aku join br 2mggu….. da balik modal, upline aku join 20 LOT!!….. ble aku tye, xtakut ke….? rilek je die jwp, “High Pay, High Risk”……. hahahaha!! terus aku join. xckp byk…….=P
bro cakap la skrg, komen. kita nak tau ni. hahaha
aku sebenanrnya tak berapa suka investment yg scam ni. aku tak join pun..tapi la kan. cube tgk company gah cam renong, pun kiok, dana china dr public mutul pun tak tau bila nak naik. sahm felda pun sakit. so amacam, tepuk dada selera. statement ko yg nak tgk bis ni berkubur amatlah sgt jahat
Kenapa nak klik iklan? klik sendiri pulak tu. Kalau PPC tu lain la. Hanya potential buyer aje yang klik iklan. Kalau tak sape nak bayar utk klik tersebut sampai Rm8.. dari segi logik, gimik ajer la. Sebab saya pernah kena dengan Rapidmall.com konsep lebih kurang. Lebih baik buat blog/website sendiri dan letak iklan..sikit lebih baik dari kena tipu.
Halal ke income yg dorg dapat tu eh?mcm ade unsur gharar jek..
Setau aku haram, memang ade unsur gharar.
Tapi biasela, kite dah dalam pengahiran zaman, apa yang haram menjadi halal.
Manusia memang akan dibutakan denagn wang, itula kejayaan orang yahudi nak melalaikan dan MEMECAHBELAHKAN orang Islam TANPA KITA SEDARI.
Wallahualam.
Maybe bukan MLM, tapi ade sedikit sifat2 MLM dalam bis ni:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
Banyak lagi rezeki Allah kat muka bumi ni insyallah.
2 Lot = RM4900 ( sebulan = RM1920 ) Pasif Income dibayar selama 52 mggu….. Layan…… huhu…
Xabis2 nk cri kesalahan org..biarlah org nk cri mkn..ko ni nk publisiti murahan jer kesian x berbayar.. klu bisnes ni nk scam duit org jer aku rase xdelah dlm sehari beratus2 org nk join bisnes ni.. aku sndri buat bisnes ni sebulan dpt 20k++ tang mne yg ko kate scam tu? Pki akal ckit klu nk ckp jgn suke men tuduh jer.. kesian la kt org2 mcm ko ni..jenis ko ni mmg xkn success dlm hdup tau nk kondem org jer.. dasar PENDENGKI!! Jeles sbb xde modal la tu..org yg buat bisnes ni xbising ko yg xtau pape menyalak sane sini..
aku dah join 10 akaun,, RM24k suka hati aku la diuit aku..dh 3bulan join… hahahhahahha aku kaya….
bro, apa kata ko jual la tanah, rumah, kereta.. tambah modal lagi bro. baru powerrrr.
Domain Name: WORLDSHOPPERSLINK.COM
Created on: 18-Mar-12
Expires on: 18-Mar-14
Baru je 6 bulan… Boleh lah invest dlm 5-6 bulan lagi…
Pastu baru tarik diri…
betul tak?
Hi all.. Ofismate aku pon dok sibuk target nak suruh aku masuk benda alah ni. aku bukan ape, aku takut lain jadinye. bab duit nak bayar modal, takde masalah. cuma aku takut duit yang dapat tu tak halal. ade info tambahan tak? maklumlah, aku ni tak amik tahu sangat hal duit-duit masyuk ni..