Worldshopperslink Dah Jadi Worldshopperslingkup?

Sekadar nak tanya pelebur-pelebur tegar bisnes perniagaan online super hebat, yang boleh buat duit banyak gitummo tu.. apa nama, Worldshopperslink.com!

Yes, amacam yang saya cakap dulu tu? Dah jadi kenyataan ke belum?

Nampak gaya dah ramai dah duk komplen dalam Carigold yang Worldshopperslink dah tak bayar withdrawal ahli-ahlinya. Atau ada masalah masa klik button withdrawal tu? Salah klik kot… cer klik lagi. ke ke ke Klik banyak-banyak kali. Tu kan website yang bermotifkan klik. Jadi mungkin tak cukup bilangan klik agaknya, thats why lah withdrawal tak boleh process.

—-

Berbalik kepada permulaan cerita Worldshopperslink.com di Carigold. Saya sarankan Bank Negara Malaysia cuba tangkap dan soal siasat orang yang mula-mula buka thread dalam forum yang mempromosikan Worldshopperslink.com ni. Bukan susah pun. Kita ambil contoh mudah. CONTOH ya.

Orang yang buka thread mempromosikan skim cepat lingkup Worldshopperslingkup ni ialah seperti di bawah. Tangkap yang buka thread tu sebab dia yang tukang promote gila-gila skim lingkup ni. Lepas tu denda lah nak denda pun. Sekurang-kurangnya jadi pengajaran supaya tak ada lagi makhluk yang berani promote skim karut marut macam ni.

worldshopperslink penipu

Sebabnya, kalau orang yang mula-mula promosi skim cepat lingkup macam ni tak dikenakan tindakan undang-undang.. lepas yang ni lingkup, dia akan promosi skim lain pula. Lingkup pula. Seterusnya macam tu lah.

Leave a Reply